Wednesday, February 6, 2019

STEVIA MAMPU SEMBUHKAN LUKA DENGAN CEPAT

Benarkah stevia baik sebagai ubat penyembuh luka dan tidak hanya sebagai pemanis pengganti gula?. Apakah ada bukti saintifik dan testimonial sebagai sandaran terhadap dakwaan ini?. Umum mengetahui penderita diabetes atau pesakit kencing manis sering terdedah kepada luka yang sukar sembuh sehingga luka itu menjadi parah dan memudaratkan anggota badan yang terlibat. Semuanya berpunca dari gula putih tebu yang diambil secara berlebihan dalam hidup seharian.

Terdapat dakwaan menyatakan kemampuan stevia dalam menyembuhkan luka ditubuh mengatasi keupayaan gamat, iaitu hidupan laut yang terkenal dan dijadikan ubatan alternatif untuk sembuhkan luka dalaman mau pun luaran. Ada pandangan menyatakan bahawa keupayaan stevia menyembuhkan luka adalah berganda lebih cepat dari apa yang mampu gamat lakukan. Bagaimana pun dakwaan ini merujuk kepada ekstrak pati daun stevia atau pure stevia. Maka adalah penting memastikan stevia yang dibeli dipasaran benar benar 100% stevia tulin dan bukan campuran sucrose atau bahan bahan pemanis lain. Samada dakwaan ini benar atau tidak, anda boleh merujuk kepada kajian saintifik yang telah dilakukan para saintifik.


Klik Imej Untuk Lihat Hasil Kajian Saintifik Pakar


Dengan kata lain stevia tidak hanya berfungsi sebagai pemanis pengganti gula terbaik malah amat kaya dengan berbagai khasiat termasuklah menurunkan dan menstabilkan kadar gula dalam darah/tubuh serta mampu mempercepatkan penyembuhan luka jika ianya berlaku. Kerana itu setiap keuarga harus miliki dan amalkan stevia sebagai alternatif kepada gula putih tebu demi kesihatan anggota keluarga. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

No comments:

Post a Comment