Saturday, May 25, 2019

STEVIA MURAH TAPI TAK JIMATKAN ANDA

Ramai pengguna atau pembeli stevia liquid terkeliru dengan harga murah stevia di pasaran hingga beranggapan yang murah itu menjimatkan. Tapi realiti adalah sebaliknya jika pembeli tidak melihat betul betul kandungan sebenar stevia di dalam botol berkenaan. Akhirnya dari hasrat ingin berjimat, hakikatnya mereka membayar lebih mahal untuk produk yang kurang berkualiti dan tidak menepati standardnya.

Sebelum membuat keputusan membeli mana mana stevia di pasaran, sebaiknya pembeli/pengguna perlu memerhatikan beberapa perkara penting berikut:

1. Harga
2. Kandungannya berapa banyak (ml)
3. Berapa kali kadar kemanisan stevia itu berbanding gula pasir
4. Berapa titisan untuk sebotol
5. Kandungan bahannya
6. Status Halal 
7. Status kelulusan KKM 

Anda mungkin mendapati ada stevia liquid dijual murah, cuma RM30.00 @ RM35.00 sebotol misalnya. Tapi kandungannya mungkin 10 ml atau 15 ml sahaja. Kadar kemanisannya boleh saja 150 kali @ 200 kali kemanisan gula tebu dan boleh menghasilkan 200 ke 300 titisan bagi setiap botol. Soalnya apa kah satu titis stevia yang anda beli itu mampu memaniskan segelas minuman berbanding stevia liquid lain yang anda fikir lebih mahal dan tidak menjimatkan?. Malah kadang kadang "claimer" syarikat pengedar/penjual tidak menepati kualiti sebenar dan lazimnya ini kerap terjadi kepada produk produk syarikat Multi Level Marketing yang mendapatkan produk mereka berasaskan kontrak OEM dari pihak ketiga iaitu pengeluar sebenar produk. Harga di "mark up" bertujuan untuk melunaskan komisyen atau bonus ahli ahli. Hal hal ini harus anda perhitungkan sebelum membuat keputusan membeli.

Pihak kami mengedar stevia yang menepati piawaian/standardianya  malah paling menjimat dan menguntungkan anda (lebih lebih lagi jika membeli dalam jumlah/pack tertentu). Sebotol One Stevia kami realitinya boleh menyamai 2 atau 3 botol stevia lain dimana anda tentu perlu membayar harga yang jauh lebih mahal. 











Wednesday, February 6, 2019

STEVIA MAMPU SEMBUHKAN LUKA DENGAN CEPAT

Benarkah stevia baik sebagai ubat penyembuh luka dan tidak hanya sebagai pemanis pengganti gula?. Apakah ada bukti saintifik dan testimonial sebagai sandaran terhadap dakwaan ini?. Umum mengetahui penderita diabetes atau pesakit kencing manis sering terdedah kepada luka yang sukar sembuh sehingga luka itu menjadi parah dan memudaratkan anggota badan yang terlibat. Semuanya berpunca dari gula putih tebu yang diambil secara berlebihan dalam hidup seharian.

Terdapat dakwaan menyatakan kemampuan stevia dalam menyembuhkan luka ditubuh mengatasi keupayaan gamat, iaitu hidupan laut yang terkenal dan dijadikan ubatan alternatif untuk sembuhkan luka dalaman mau pun luaran. Ada pandangan menyatakan bahawa keupayaan stevia menyembuhkan luka adalah berganda lebih cepat dari apa yang mampu gamat lakukan. Bagaimana pun dakwaan ini merujuk kepada ekstrak pati daun stevia atau pure stevia. Maka adalah penting memastikan stevia yang dibeli dipasaran benar benar 100% stevia tulin dan bukan campuran sucrose atau bahan bahan pemanis lain. Samada dakwaan ini benar atau tidak, anda boleh merujuk kepada kajian saintifik yang telah dilakukan para saintifik.


Klik Imej Untuk Lihat Hasil Kajian Saintifik Pakar


Dengan kata lain stevia tidak hanya berfungsi sebagai pemanis pengganti gula terbaik malah amat kaya dengan berbagai khasiat termasuklah menurunkan dan menstabilkan kadar gula dalam darah/tubuh serta mampu mempercepatkan penyembuhan luka jika ianya berlaku. Kerana itu setiap keuarga harus miliki dan amalkan stevia sebagai alternatif kepada gula putih tebu demi kesihatan anggota keluarga. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Thursday, January 31, 2019

STEVIA GOLD - GULA PASIR STEVIA TERKINI DI PASARAN MALAYSIA

Gula pasir kristal Stevia Gold dari segi rupanya menyamai gula pasir tebu. Ianya 300 kali manis berbanding gula pasir biasa di pasaran dan khasiatnya menyamai Stevia liquid (cecair) One STvia yang sedang Trending & Branding di pasaran tahun 2019. Ini bermakna gula pasir Stevia Gold adalah paling terbaik dan paling layak menjadi pengganti gula tebu yang diketahui amat memudaratkan pengguna yang banyak mengambilnya baik dalam minuman atau masakan.

Ramai yang merasa tidak puas mengguna Stevia cairan (liquid) dalam minuman atau masakan di rumah, seolah olah ia bukan gula kerana kebiasaan penggunaan gula pasir tebu selama ini. Kini dengan adanya gula pasir Stevia Gold, pengguna tidak perlu lagi merasa kekurangan atau tidak puas sewaktu menyediakan minuman atau makanan di rumah. Bezanya cuma penggunaan kadar gula pasir Stevia Gold tidak perlu banyak seperti penggunaan gula putih biasa sebelumnya kerana kemanisan Stevia Gold adalah 300 X berbanding gula pasir tebu.



HARGA
1 Botol (500 gram) - RM70.00
* Penghantaran Percuma

Misalnya untuk menyediakan secawan teh, kebiasaannya pengguna memerlukan 2 atau 3 sudu kecil gula pasir tebu untuk memaniskan minuman. Namun mengguna gula pasir Stevia Gold, cukup hanya separuh atau 1 sudu kecil saja untuk maniskan secawan teh atau kopi. Ianya tidak hanya menjimatkan, sedap dan tidak memudarat malah bertindak sebagai perawat banyak masalah kesihatan khususnya penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi dan masalah jantung.

Dari sudut kelebihan dan kebaikan gula Stevia Gold ini, ianya menyamai khasiat stevia One STvia (klik SINI untuk membacanya). Anda kini mempunyai lebih pilihan untuk mengguna pemanis yang sihat dan selamat, samada mengguna pemanis cairan (liquid) One STvia atau gula pasir kristal Stevia Gold. Dua duanya menjimatkan, sihat dan membantu anda mendapatkan tubuh badan yang lebih baik.












Stevia Gold didatangkan dalam bekas berisi gula pasir stevia 500 gram untuk permulaan pasaran. Harganya RM70.00 (termasuk kos penghantaran). Pihak syarikat bercadang mengeluarkan pek yang lebih kecil (250 gram) pada masa akan datang bergantung kepada permintaan pasaran.

Klik SINI untuk order atau jika ada sebarang pertanyaan berkaitan!




JUALAN PENGHABISAN STOK (TERHAD)


STEVIA GOLD - 3 BOTOL/JAR RM150.00

ONE STEVIA (DROP) - 3 BOTOL RM130.00

* Sila buat pengesahan stok dulu melalui whatsapp/telefon

Monday, March 27, 2017

10 STEVIA PALSU. KKM SEDANG SIASAT

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung 10 produk stevia yang didakwa palsu dan dijual di pasaran bagi memastikan produk terbabit mematuhi perundangan makanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan itu susulan laporan sebuah akhbar bertajuk 'Awas Stevia Palsu' yang mendedahkan hasil ujian makmal dua universiti tempatan.

Siasatan dijalankan menurut Peraturan 118A Peraturan-Peraturan  Makanan 1985 dan Akta Makanan 1983 yang telah menetapkan standard bagi produk ekstrak stevia, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka yang  mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang mengandungi bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan termasuk produk stevia yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak 1ebih 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Laporan akhbar itu menyebut hasil ujian makmal oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Putra Malaysia menunjukkan 10 produk terbabit tidak mengandungi ekstrak tumbuhan sebaliknya adalah kombinasai bahan kimia berbahaya.

Ekstrak stevia adalah sejenis bahan pemanis semula jadi yang diekstrak daripada daun pokok Stevia rebaudiana bertoni yang mengandungi glikosida steviol dan diproses menjadi serbuk putih hingga kuning cerah, tidak berbau dan mempunyai rasa manis.
Ia boleh digunakan sebagai pengganti kepada gula biasa khususnya kepada mereka yang menghidap penyakit diabetes.


Dr Noor Hisham turut meminta pengguna yang mempunyai kemusykilan berhubung keselamatan makanan agar menghubungi pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat, atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan  www.facebook.com/bkkmhq. - Bernama

Thursday, May 19, 2016

TESTIMONI STEVIA DARI DOKTOR DAN PAKAR PEMAKANAN BERTAULIAH

Stevia merbahaya, memudaratkan kesihatan atau selamat kah stevia ini diambil oleh orang ramai?. Betul kah Xylitol dalam Stevia itu benar benar tidak menjejaskan kesihatan manusia?. Ikuti video testimoni pengakuan doktor dan pakar bertauliah bidang berkenaan untuk mendapatkan pencerahan sebenar mengenai Stevia.

3 video di bawah adalah penjelasan dari Dr Ray Sahelian,  Dr Vikki Peterson dan Dr Mercola iaitu individu yang terlibat secara langsung mengkaji dan membuat analisa mengenai Stevia.







Saturday, April 23, 2016

STEVIA MERBAHAYA, MEMUDARAT DAN TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN?

Pengambilan pemanis Stevia sebagai pengganti gula dikatakan merbahaya dan memudaratkan kesihatan. Benar kah pandangan sesetengah pihak yang mendakwa dan memberi komen negatif bahawa Stevia menyebabkan kesan sampingan?

Stevia adalah tumbuhan herba dan terdapat lebih 200 spesis Stevia tumbuh di Amerika Selatan. Apa yang membuat daun Stevia manis ialah kerana 2 glikosida yang terdapat dalamnya iaitu Stevioside dan Rebaudioside. Stevioside memberi kemanisan bercapur sedikit rasa pahit manakala Rebaudioside memberi rasa manis yang lebih baik tanpa rasa pahit.m Kerana itu kebanyakan Stevia diektrak dari bahagian rebaudioside yang kemanisan lebih 250 kali ganda kemanisan gula puith selain lebih baik untuk kesihatan.

Kajian

Berkenaan manfaat Stevia, sebanyak lebih 300 kajian telah dibuat bagi menilai keupayaan sebenar herba ini dan kebaikannya kepada kesihatan manusia. Keseluruhannya secara umum herba lazat ini telah diterima sebagai supplement yang boleh menstabilkan kadar gula dalam tubuh, membantu mengurangi berat badan malah terbaru didapati stevia dapat membantu dalam pemulihan penyakit kanser. Memang terdapat ciri ciri perubatan dalam tumbuhan ini yang memberi kesan penyembuhan.

Berikut adalah beberapa kajian yang lebih menyakinkan:

Beberapa tahun dulu Pertubuhan Pemakanan Dan Kanser telah membongkar satu penemuan buat pertama kali bahawa penggunaan stevia boleh mengatasi dan mengubati kanser terutamanya kanser payu dara. Stevioside didapati mampu dalam membantu mematikan datau memperlahankan pertumbuhan sel sel kanser dalam tubuh pengamal stevia. 

Satu kajian di Crotia juga mendapati pengambilan Stevia sangat baik untuk tingkatkan antioksidan khsusunya dalam usus bagi membantu merawat kanser usus.


Satu artikel yang dikeluarkan dalam Journal Of Dietery Supplements baru baru ini menjelaskan tentang bagaimana sebuah kajian telah dibuat keatas tikus tikus yang berpenyakit diabetes untuk melihat kesan stevia ke atas mamalia ini. Hasil kajian ini mendapati tikus tikus yang diberi stevia 250 dan 500 mg/kg setiap hari telah mengalami pengurangan kadar gukla dalam darah dan pengeluaran insulin menjadi lebih seimbang.

Selain itu hasil kajian juga menemukan tentang keupayaan stevia dalam membantu memperbaiki kadar kolestrol dalam darah serta memperbaiki masalah darah tinggi.

Bagaimana pun ada kajian yang mendapati pengambilan stevia secara melampau dan berlebihan boleh memberi kesan terhadap hormon kerana kehadiran glokosida dalam stevia namun ia tidak akan memudaratkan jika diambil secara sederhana.

Untuk lebih memahami kebaikan mahu pun keburukan Stevia dan apakah herba ini selamat diambil atau tidak, Artikel Ini pastinya akan lebih memberi keyakinan kepada anda samada mahu mengguna Stevia atau tidak.



Wednesday, April 20, 2016

STEVIA - SKIM PELABURAN HARAM DAN PENIPU?

Adakah Stevia With Mineral edaran syarikat Waylife Sdn Bhd atau Waylife Global berkait dengan program atau skim pelaburan Stevia haram, penipu dan scam?. Soalan ini barangkali timbul dikalangan penduduk Malaysia yang pernah mendengar berita berkenaan hal ini beberapa tahun lepas.

Klik Skim Pelaburan Penanaman Stevia Haram untuk berita lanjut atau ke Laman SSM untuk maklumat mengenai penipuan Penanaman Stevia Syarikat MegaHerbs BioExtreme !

Waylife Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar dan sah dan hanya mula beroperasi pada akhir tahun 2015 dan mengedarkan pelbagai jenis produk supplement kesihatan termasuklan Stevia Drop, pemanis terbaik tanpa kalori, pengganti gula pasir yang boleh memudaratkan untuk manfaat orang ramai terutamanya mereka yang bermasalah diabetes, penyakit jantung serta darah tinggi. Waylife sama sekali tidak mempunyai kaitan dalam apa jua bentuk dan ikatan dengan program atau syarikat yang dinyatakan di atas. 

Orang ramai yang perlukan maklumat lebih jelas tentang syarikat Waylife Sdn Bhd atau ingin mengunjungi Ibu Pejabat Waylife bagi mendapatkan gambaran lebih mendalam mengenai peluang peluang yang ada di Waylife Global, sila klik SINI !