Saturday, April 23, 2016

STEVIA MERBAHAYA, MEMUDARAT DAN TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN?

Pengambilan pemanis Stevia sebagai pengganti gula dikatakan merbahaya dan memudaratkan kesihatan. Benar kah pandangan sesetengah pihak yang mendakwa dan memberi komen negatif bahawa Stevia menyebabkan kesan sampingan?

Stevia adalah tumbuhan herba dan terdapat lebih 200 spesis Stevia tumbuh di Amerika Selatan. Apa yang membuat daun Stevia manis ialah kerana 2 glikosida yang terdapat dalamnya iaitu Stevioside dan Rebaudioside. Stevioside memberi kemanisan bercapur sedikit rasa pahit manakala Rebaudioside memberi rasa manis yang lebih baik tanpa rasa pahit.m Kerana itu kebanyakan Stevia diektrak dari bahagian rebaudioside yang kemanisan lebih 250 kali ganda kemanisan gula puith selain lebih baik untuk kesihatan.

Kajian

Berkenaan manfaat Stevia, sebanyak lebih 300 kajian telah dibuat bagi menilai keupayaan sebenar herba ini dan kebaikannya kepada kesihatan manusia. Keseluruhannya secara umum herba lazat ini telah diterima sebagai supplement yang boleh menstabilkan kadar gula dalam tubuh, membantu mengurangi berat badan malah terbaru didapati stevia dapat membantu dalam pemulihan penyakit kanser. Memang terdapat ciri ciri perubatan dalam tumbuhan ini yang memberi kesan penyembuhan.

Berikut adalah beberapa kajian yang lebih menyakinkan:

Beberapa tahun dulu Pertubuhan Pemakanan Dan Kanser telah membongkar satu penemuan buat pertama kali bahawa penggunaan stevia boleh mengatasi dan mengubati kanser terutamanya kanser payu dara. Stevioside didapati mampu dalam membantu mematikan datau memperlahankan pertumbuhan sel sel kanser dalam tubuh pengamal stevia. 

Satu kajian di Crotia juga mendapati pengambilan Stevia sangat baik untuk tingkatkan antioksidan khsusunya dalam usus bagi membantu merawat kanser usus.


Satu artikel yang dikeluarkan dalam Journal Of Dietery Supplements baru baru ini menjelaskan tentang bagaimana sebuah kajian telah dibuat keatas tikus tikus yang berpenyakit diabetes untuk melihat kesan stevia ke atas mamalia ini. Hasil kajian ini mendapati tikus tikus yang diberi stevia 250 dan 500 mg/kg setiap hari telah mengalami pengurangan kadar gukla dalam darah dan pengeluaran insulin menjadi lebih seimbang.

Selain itu hasil kajian juga menemukan tentang keupayaan stevia dalam membantu memperbaiki kadar kolestrol dalam darah serta memperbaiki masalah darah tinggi.

Bagaimana pun ada kajian yang mendapati pengambilan stevia secara melampau dan berlebihan boleh memberi kesan terhadap hormon kerana kehadiran glokosida dalam stevia namun ia tidak akan memudaratkan jika diambil secara sederhana.

Untuk lebih memahami kebaikan mahu pun keburukan Stevia dan apakah herba ini selamat diambil atau tidak, Artikel Ini pastinya akan lebih memberi keyakinan kepada anda samada mahu mengguna Stevia atau tidak.



No comments:

Post a Comment