Ramai pengguna atau pembeli stevia liquid terkeliru dengan harga murah stevia di pasaran hingga beranggapan yang murah itu menjimatkan. Tapi realiti adalah sebaliknya jika pembeli tidak melihat betul betul kandungan sebenar stevia di dalam botol berkenaan. Akhirnya dari hasrat ingin berjimat, hakikatnya mereka membayar lebih mahal untuk produk yang kurang berkualiti dan tidak menepati standardnya.
Sebelum membuat keputusan membeli mana mana stevia di pasaran, sebaiknya pembeli/pengguna perlu memerhatikan beberapa perkara penting berikut:
1. Harga
2. Kandungannya berapa banyak (ml)
3. Berapa kali kadar kemanisan stevia itu berbanding gula pasir
4. Berapa titisan untuk sebotol
5. Kandungan bahannya
6. Status Halal
7. Status kelulusan KKM
Anda mungkin mendapati ada stevia liquid dijual murah, cuma RM30.00 @ RM35.00 sebotol misalnya. Tapi kandungannya mungkin 10 ml atau 15 ml sahaja. Kadar kemanisannya boleh saja 150 kali @ 200 kali kemanisan gula tebu dan boleh menghasilkan 200 ke 300 titisan bagi setiap botol. Soalnya apa kah satu titis stevia yang anda beli itu mampu memaniskan segelas minuman berbanding stevia liquid lain yang anda fikir lebih mahal dan tidak menjimatkan?. Malah kadang kadang "claimer" syarikat pengedar/penjual tidak menepati kualiti sebenar dan lazimnya ini kerap terjadi kepada produk produk syarikat Multi Level Marketing yang mendapatkan produk mereka berasaskan kontrak OEM dari pihak ketiga iaitu pengeluar sebenar produk. Harga di "mark up" bertujuan untuk melunaskan komisyen atau bonus ahli ahli. Hal hal ini harus anda perhitungkan sebelum membuat keputusan membeli.
Pihak kami mengedar stevia yang menepati piawaian/standardianya malah paling menjimat dan menguntungkan anda (lebih lebih lagi jika membeli dalam jumlah/pack tertentu). Sebotol One Stevia kami realitinya boleh menyamai 2 atau 3 botol stevia lain dimana anda tentu perlu membayar harga yang jauh lebih mahal.
Nice blog! I really loved reading through this Blog... Thanks for sharing such a very interesting post with us and keep blogging.
ReplyDeleteVisit our website- Stevia Powder